Rabu, 12 Disember 2012

PISANG DERHAKA



Mengapalah  Pisang  Ini  Derhaka  ye...?

 
 


Anda  pernah  dengar  pokok  pisang derhaka? Pertama  kali  mendengar nama pokok ini terkejut jugak saya,  tak  sangka  pisang  pun ada yang derhaka.
 Pisang  ini digelar  pisang  derhaka, bukan kerana derhaka  pada  mana-mana  Sultan, bukan  juga  kerana derhaka  pada  ibu bapa  tetapi  kerana  derhaka pada  tabiat  asalnya. Patutnya  ia  tumbuh menurun   ke  bawah , tunduk  ke  bumi  tetapi  ia menjulang  ke atas mengarah  ke  langit. 
Nama saintifik  bagi pokok  pisang ni ialah "Musa Coccinea".Terdapat beberapa  warna   jantung  pisang  yang  dikeluarkan  iaitu warna merah jambu, ungu , oren dan merah. 
Oleh  kerana  warna  jantungnya  yang  menarik  perhatian  saya,  maka  saya  pun  menanam  pokok ini  di taman  perkarangan  rumah  saya  setelah sekian  lama  saya  mencari  untuk  mendapatkan anak  pokoknya  sebagai  benih. Gambar  yang ketiga  adalah  gambar  pokok  pisang  derhaka yang  telah   saya  tanam  itu.
 Di akhir zaman ini macam-macam  benda  yang  pelik  dipersaksikan kepada  manusia. Bila  Allah  kehendaki, jadi...... maka  jadilah.  Walaupun  di luar  tabie. 


6 ulasan:

  1. ini pun pertama kali mengetahui pisang bernama derhaka, tetapi pada pandangan saya, pisang itu bersikap positif. Orang pada zaman dulu selalunya menganggap perkara yang berlainan daripada tanggapan sendiri merupakan sesuatu yang tidak baik ataupun derhaka. tetapi pada masa kini, berlainan bermakna sesuatu yang baru dan perlu dikaji. Pisang derhaka mungkin mendapat nama yang berlainan jika orang yang menamakannya adalah orang zaman sekarang.

    BalasPadam
  2. salam cikgu Nooraziyah..info yang sangat menarik. Tahniah cikgu blog yang sangat menarik..teruskan lagi.

    BalasPadam
  3. Kat mana nak dpt ni saya nak beli 1 hehhhe

    BalasPadam
  4. Puan ada anak pisang derhaka.saya nak beli

    BalasPadam