Mengapalah Pisang Ini Derhaka ye...?
Anda pernah dengar pokok
pisang derhaka? Pertama kali mendengar nama pokok ini terkejut jugak saya, tak
sangka pisang pun ada yang derhaka.
Pisang ini digelar pisang derhaka, bukan kerana derhaka pada mana-mana Sultan, bukan juga kerana derhaka pada ibu bapa tetapi kerana derhaka pada tabiat asalnya. Patutnya ia tumbuh menurun ke bawah , tunduk ke bumi tetapi ia menjulang ke atas mengarah ke langit.
Nama saintifik bagi pokok pisang ni ialah "Musa Coccinea".Terdapat beberapa warna jantung pisang yang dikeluarkan iaitu warna merah jambu, ungu , oren dan merah.
Oleh kerana warna jantungnya yang menarik perhatian saya, maka saya pun menanam pokok ini di taman perkarangan rumah saya setelah sekian lama saya mencari untuk mendapatkan anak pokoknya sebagai benih. Gambar yang ketiga adalah gambar pokok pisang derhaka yang telah saya tanam itu.
Di akhir zaman ini macam-macam benda yang pelik dipersaksikan kepada manusia. Bila Allah kehendaki, jadi...... maka jadilah. Walaupun di luar tabie.

ini pun pertama kali mengetahui pisang bernama derhaka, tetapi pada pandangan saya, pisang itu bersikap positif. Orang pada zaman dulu selalunya menganggap perkara yang berlainan daripada tanggapan sendiri merupakan sesuatu yang tidak baik ataupun derhaka. tetapi pada masa kini, berlainan bermakna sesuatu yang baru dan perlu dikaji. Pisang derhaka mungkin mendapat nama yang berlainan jika orang yang menamakannya adalah orang zaman sekarang.
BalasPadamBetul tu cikgu . Saya setuju.
BalasPadamsalam cikgu Nooraziyah..info yang sangat menarik. Tahniah cikgu blog yang sangat menarik..teruskan lagi.
BalasPadamblog yang menarik dan berinformasi
BalasPadamKat mana nak dpt ni saya nak beli 1 hehhhe
BalasPadamPuan ada anak pisang derhaka.saya nak beli
BalasPadam