Kaedah P&P Sains

KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS  

1. Eksperimen
Eksperimen adalah satu kaedah yang lazim dijalankan dalam pelajaran sains.Murid menguji hipotesis secara penyiasatan untuk menemui konsep atau ideasains  yang  tertentu.  Kaedah  saintifik  digunakan  semasa  eksperimen.Menjalankan eksperimen menggunakan kemahiran berfikir, kemahiran prosesdan kemahiran manipulatif.Secara kebiasaan, langkah yang diikuti semasa menjalankan eksperimen adalahseperti yang berikut:
•Mengenal pasti masalah
•Membuat hipotesis
•Merancang eksperimen
-mengawal pemboleh ubah
-menentukan peralatan dan bahan yang diperlukan
-menentukan langkah menjalankan eksperimen,
-kaedah mengumpulkan data dan menganalisis data
•Melakukan eksperimen
•Mengumpulkan data
•Menganalisis data
•Mentafsirkan data
•Membuat kesimpulan
•Membuat pelaporan

2. Perbincangan
Perbincangan adalah aktiviti di mana murid menyoal dan mengemukakanpendapat berlandaskan dalil atau alasan yang sahih. Semasa perbincangan,murid perlu mempunyai fikiran terbuka untuk menerima pendapat orang lain.Perbincangan perlu dijalankan semasa dan selepas menjalankan eksperimen,projek, aktiviti mengumpulkan dan mentafsirkan data, simulasi, penggunaansumber luar bilik darjah, penyelesaian masalah dan lain-lain.

3. Simulasi
Simulasi adalah aktiviti yang dijalankan menyerupai yang sebenarnya. Simulasiboleh dilaksanakan melaui main peranan, murid melakonkan sesuatu peranansecara spontan berdasarkan beberapa syarat yang telah ditentukan. Permainanpula  mempunyai  peraturan  yang  harus  dipatuhi.  Murid  bermain  untukmempelajari  sesuatu  prinsip  ataupun  untuk  memahami  proses  membuatkeputusan. Model boleh digunakan untuk mewakili objek atau keadaan sebenar.Murid dapat membayangkan situasi tersebut dan seterusnya memahami konsepdan prinsip yang dipelajari.

4. Projek
Projek adalah aktiviti yang dijalankan oleh individu atau sekumpulan murid untukmencapai sesuatu tujuan tertentu dan mengambil masa yang panjang sertamenjangkau waktu pembelajaran yang formal. Murid dikehendaki mengenal pastikaedah  untuk  menyelesaikan  masalah  yang  dikemukakan  dan  seterusnyamerancang keseluruhan projek. Hasil projek dalam bentuk laporan, artifak ataulain-lain perlu dibentangkan kepada guru dan murid lain.

5. Penggunaan Sumber Luar Bilik Darjah
Pembelajaran sains melalui lawatan ke tempat seperti zoo, muzium, pusat sains,institut penyelidikan, paya bakau dan kilang boleh menjadikan pembelajaranlebih  berkesan,  menyeronokkan  dan  bermakna.  Untuk  mengoptimumkanpembelajaran melalui lawatan, ia mesti dirancang secara rapi di mana muridperlu  menjalankan  aktiviti  atau  melaksanakan  tugasan  semasa  lawatan.Perbincangan selepas lawatan perlu diadakan. Kajian lapangan yang seringdijalankan dalam tajuk ekologi merupakan satu daripada contoh kaedah ini.

6. Kajian Masa Depan
Murid menggunakan pemikiran kritis dan kreatif untuk meninjau perubahankeadaan daripada masa lalu ke masa sekarang dan meramalkan keadaan padamasa depan. Pedagogi ini berpusatkan murid dan menggabungjalinkan pelbagai bidang seperti pendidikan moral dan pendidikan alam sekitar. Nilai murni sepertibertanggungjawab dan bekerjasama dipupuk melalui kaedah ini.

7. Penyelesaian Masalah
 Penyelesaian masalah adalah satu kaedah yang melibatkan murid secara aktif untuk membuat keputusan atau untuk mencapai sasaran tertentu. Semasapenyelesaian masalah, aktiviti seperti simulasi, perbincangan dan eksperimenboleh dijalankan. Secara umum penyelesaian masalah melibatkan langkah seperti yang berikut:
•Kenal pasti dan faham masalah
•Jelaskan masalah
•Cari alternatif penyelesaian masalah
•Lakukan operasi penyelesaian
•Nilaikan penyelesaian

1 ulasan:

  1. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi kami di:

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Kami memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati di Indonesia. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour dan Bali Muslim Tour.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.

    BalasPadam