Rabu, 24 Oktober 2012

NYAMUK



                                        

Fakta Menarik Tentang Nyamuk
Bunyi nyamuk ‘nyyeeeng,..nyeng..nyengg’ menyebabkan tidur kita sering terganggu. Tidak kiralah apa spesis nyamuk samada nyamuk aedes, nyamuk terjun tiruk, nyamuk tonggeng, semuanya mempunyai bunyi yang senada dan menyakitkan telinga. Sudah segala bagai jenis ubat nyamuk sudah kita beli dan praktikkan, namun nyamuk si kecil tetap juga mengganggu tidur kita. Kalau ianya berlarutan, mungkin kelambu boleh menyelesaikan masalah ini. Ada lagi ke antara kita yang tidur berkelambu?

Biasanya, untuk menyelesaikan sesuatu masalah, kita perlu tahu apa akar masalahnya. Saya terfikir, perkongsian  15 fakta menarik tentang nyamuk mungkin mampu memberi kita idea bagaimana menyelesaikan masalah nyamuk. Mari kita sama-sama telusuri misteri disebalik seekor nyamuk.
1.Nyamuk sudahpun wujud sejak 100 juta tahun lalu (dah lama dah..)
2.Kira-kira 3,000 spesis nyamuk dikenalpasti dan mempunyai kebolehan untuk menyesuaikan diri dengan persekitan dengan cepat. Diketahui hidup banyak di kawasan tropika dan juga Artik.
3.Dari telur ke nyamuk hanya mengambil masa 4 hingga 7 hari. Ianya bergantung kepada suhu. (Patutlah banyak sangat nyamuk, cepat betul proses perkembangannya!)
4.Nyamuk betina boleh hidup sehingga 100 hari, tapi nyamuk jantan hanyalah 10 hingga 20 hari saja. Nyamuk betina bertelur sebanyak 100 hingga 300 biji pada satu-satu masa dan sebanyak 1,000 hingga 3,000 biji sepanjang hayatnya. (Kesian nyamuk jantan, agaknya lepas saja habis ‘tugas’, terus mati..)
5.Kibasan sayap nyamuk ialah 300 hingga 600 kali sesaat (itu yang datangnya bunyi “nyyyennng” tu..sebab laju sangat sayap dia).
6.Nyamuk jantan mampu mengesan kahadiran nyamuk betina dengan hanya bunyi kibasan sayapnya (memang senjata rahsia ni).
7.Nyamuk juga boleh kenal nyamuk spesis lain dengan hanya berdasarkan bentuk tompok di sayap (ada tompok rupanya).
8.Apa makanan nyamuk? Nyamuk makan pelbagai cairan (termasuk darah), dan mineral dari buah-buahan, tumbuhan serta dari sampah sarap dan air bertakung (patutlah banyak nyamuk aedes, dah memang makanannya air bertakung).
9.Nyamuk mampu terbang sejauh 1.5 kilometer dari habitatnya tapi ada spesis yang mampu terbang sejauh 30 kilometer (jauh perjalanan, ramai ‘pelanggan’).
10.Bagaimana nyamuk mencari mangsa? Nyamuk mempunyai penglihatan infra red iaitu kebolehan mengesan haba dan juga melalui hembusan gas karbon dioksida. Kita membebaskan haba dan melepaskan karbon dioksida bila bernafas. Senanglah nyamuk ‘target’ kita (kalau pakai selimut tebal, mungkinkah pelepasan haba dapat dikurangkan? Lalu nyamuk tak nampak kita?)
11.Spesis nyamuk yang paling agresif ialah nyamuk yang hidup di kawasan Artik di Kanada. Satu kajian di mana para pengkaji sengaja mendedahkan kaki, tangan dan badan mereka untuk santapan nyamuk. Keputusannya, 9,000 gigitan dalam masa seminit. Kalau dibiarkan, darah kita akan kering dalam masa 2 jam (pergh..ganas betul tu!)
12.Nyamuk betina saja yang suka menggigit kita. Darah sumber protein untuk mereka hasilkan telur. Nyamuk jantan hanya menghisap cairan tumbuh-tumbuhan (macam baik jer nyamuk jantan nie..)
13.Nyamuk memang terkenal menyebabkan penyakit demam malaria, denggi, JE dan sebagainya. Nyamuk juga membawa penyakit kepada haiwan seperti penyakit kecacingan pada lembu dan kuda.
14.Di label sebagai ‘makhluk pembunuh’ sebab penyakit demam malaria sudahpun hampir membunuh setengan dari populasi manusia sejak zaman paleolitik (zaman batu daa..).
15.Asal usul nyamuk aedes adalah dari Timur Asia. Mereka sampai ke sana melalui tayar-tayar buruk yang diimport (hati-hati dengan tayar buruk)
 
Pernahkah kita berfikir, apa gunanya Allah mencipta nyamuk, lebah dan sebagainya? Ironinya, semua ciptaanNYA pasti ada peranan tersendiri dan tidak sia-sia. Antaranya ialah:
1.Usia nyamuk pendek saja, tugasnya membawa penyakit sebagai memberi peringatan kepada kita. Sesakali sakit, membuatkan kita lebih taat pada Allah. Jika tidak, kita berasa sentiasa megah atas nikmat kesihatan dan mengabaikan tanggungjawab sebagai hambaNYA.
2.Kita sepatutnya berterima kasih kepada nyamuk sebab memberi peluang untuk kita merasai sakit. Bukankah sakit itu sebahagian dari peluang menghapuskan dosa-dosa kecil kita? Subhanallah.
3.Nyamuk sebagai penanda aras tahap kebersihan. Jika persekitaran kotor, nyamuk akan tunjuk kesannya. Tidakkah kita berfikir?
4.Kebolehan nyamuk menyesuaikan diri dengan cepat dengan persekitaran perlu kita contohi. Kalau kita ingin ‘survive’ dan berjaya, pandai-pandailah kita menyesuaikan diri dengan suasana zaman sekarang (tapi agama tetap sebagai asas pegangan kita).

Jumaat, 19 Oktober 2012

PETIR DAN MATAHARI





Petir lebih memilih tempat-tempat tertentu seperti pokok yang tinggi atau bangunan. Di kawasan lapang yang luas, objek yang paling tinggi mempunyai kemungkinan besar disambar beberapa kali sehingga petir berpindah jauh untuk mencari sasaran baru. Empire State Building disambar petir lebih 25 kali setahun.

MATAHARI

 
 Bumi ditunjuk untuk perbandingan saiz.


MATAHARI - Fakta tentang Matahari
Matahari adalah bintang dan bukan planet. Matahari adalah satu daripada lebih 100 bilion bintang. Matahari adalah pusat bagi Sistem Suria. Ianya merupakan bola gas amat besar dan panas dan berlakunya tindakbalas nuklear yang mana membekalkan cahaya dan haba kepada Bumi. Matahari adalah jirim paling besar dalam Sistem Suria kita dan ia adalah lebih kurang 98 % daripada jumlah jisim dalam Sistem Suria.

Matahari adalah bintang pada pertengahan umur, bermaksud ia sekarang berada pada pertengahan hidupnya. Bintang seperti Matahari memancar selama sembilan atau sepuluh bilion tahun. Matahari terbentuk lebih empat setengah billion tahun yang lalu daripada awan gas dan debu yang amat luas tanpa graviti. Bahan pada pusat awan telah memampat dan ia menjadi panas untuk menyala pelakuran nuklear.
Matahari kelihatan lebih besar dan terang daripada bintang – bintang yang lain kerana Matahari adalah bintang yang paling dekat dengan Bumi.

Bintang adalah jasad di angkasa lepas yang memancarkan cahayanya sendiri; jasad yang lain hanya memantulkan cahaya bintang yang paling dekat. Bulan Bumi memantulkan cahaya Matahari ke Bumi.
Bintang mempunyai ciri – ciri yang berbeza – beza, antaranya ialah kedudukan mereka, pergerakan, saiz, jisim, kandungan kimia dan suhu. Tidak ada dua bintang yang serupa. Mengenai saiz bintang, mereka mempunyai diameter sekecil – kecil 7,000 batu, atau sebesar – besar 900 bilion batu. Bilangan bintang yang membentuk cakerawala melebihi satu billion.

Bintang yang amat besar boleh jadi 400 kali lebih besar daripada Matahari kita, yang mana diameternya sentiasa berjuta – juta batu. Matahari mempunyai paksi yang condong.
Melihat Matahari secara terus boleh merosakkan mata secara kekal kerana ia sungguh terang. Sebutir bintang memancarkan cahaya dan haba. Semakin besar bintang, semakin meningkat suhunya.

Diameter Matahari adalah lebih kurang 870,000 batu (1,400,000 kilometer). Itu adalah lebih kurang 109 kali saiz Bumi. Diameter Bumi ialah 7926 batu (12756 kilometer).
Matahari adalah 333,000 kali lebih berat daripada Bumi. Ini bermakna jika anda meletakkan Matahari di atas penimbang, anda memerlukan 333,000 objek yang mempunyai berat yang sama dengan Bumi pada sebelah yang satu lagi untuk mencapai keseimbangan.

Matahari, jarak garisan khatulistiwanya ialah 2 720 984 batu (4,379,000 kilometer). Itu adalah 109 kali jarak garisan khatulistiwa Bumi. Jarak garisan khatulistiwa Bumi ialah 24,902 batu (40,075 kilometer).
Jarak purata Matahari dengan Bumi adalah 92,580,000 batu (149,000,000 kilometer). Jarak antara Matahari dengan Bumi adalah 400 kali daripada jarak antara Bumi dengan Bulan.

Jika Matahari itu berongga, ia boleh memuatkan sebanyak lebih satu juta Bumi di dalamnya.
Cahaya daripada Matahari mengambil masa lebih kurang 8 minit untuk sampai ke Bumi, atau dengan lebih tepat 8 minit 20 saat pada kelajuan cahaya.

Matahari juga berputar. Tempoh ia berputar pada garisan Khatulistiwanya ialah 26.8 hari dan tempoh ia berputar pada bahagian kutubnya ialah 36 hari. Ia dilihat seperti bintang - bintang berada di kedudukan yang sama setiap malam, setiap tahun, tetapi sebenarnya bintang – bintang itu bergerak sepanjang masa.

Tanpa Matahari, Bumi tidak boleh menyokong kehidupan. Matahari membekalkan haba dan cahaya yang diperlukan oleh Bumi untuk menyokong kehidupan. Jika anda tinggal di Matahari, dan anda membina sebuah kapal angkasa, ia perlu bergerak lebih 618.2 kilometer sesaat untuk melepaskan diri daripada tarikan graviti Matahari.