Pelangi merupakan fenomena optik dan meteorologi yang
menghasilkan spektrum cahaya (hampir) selanjar di langit apabila matahari
bersinar semasa hujan turun. Ia merupakan satu lengkung yang berwarna-warni
dengan warna merah di lengkung paling luar dan ungu di lengkung paling dalam.
Mengikut urutan, warnanya ialah merah, jingga, kuning, hijau, biru, indigo dan
ungu.
Pelangi
dihasilkan apabila cahaya terbias melalui titik air di udara. Sebab itulah
pelangi selalu dapat dilihat selepas hujan. Ia berbentuk melengkung (bulat)
kerana titisan air di udara berbentuk bulat/sfera. Namun biasanya bahagian
bawah pelangi itu "terlindung" oleh bumi. Fenomena pelangi ini juga
boleh dilihat dengan membelakangi matahari dan menyembur air pada hari yang
cerah.
Hikmah pelangi di sebalik hujan..teringat kata-kata ni..
BalasPadam"kadang-kadang ALLAH beri kita hujan,
kita tanya mana matahari,
rupa-rupanya ALLAH nak bagi kita pelangi"
p/s: kreatif jugak font pelangi tu! i like..
terbaik. info yang menarik. blog cantik.
BalasPadam