Sebenarnya kuda laut betina telah menempatkan lebih
100 telur ke dalam kantung yang terdapat dalam abdomen kuda laut jantan.Kuda
laut jantan kemudian mengeluarkan sperma ke dalam kantung itu untuk
persenyawaan telur berkenaan.
Embrio akan membesar di dalam kantung itu dan
mendapat makanan daripada pundi-pundi di dalam kuning telur
masing-masing.Proses pengeraman akan berlangsung selama dua sehingga enam
minggu bergantung kepada spesies kuda laut tersebut.
Selepas cukup sifat, kuda laut jantan itu akan
melahirkan anaknya yang kecil berukuran satu sentimeter panjang.Terdapat 35
spesies kuda laut di seluruh dunia dan ukurannya pelbagai iaitu antara lima
hingga 36 sentimeter.
Kuda laut terkenal sebagai penyamar yang cekap di
dalam air kerana ia mampu bersembunyi di celah-celah rumpair dan batu karang.Ia
makan dengan menyedut plankton yang kecil dan larva ikan.
Wah, cantiknya blog cikgu !
BalasPadamTerima kasih...
PadamYah terbaik
Padambagaimana pula dengan jangka hayat kuda laut... ada tak info tentang tu
BalasPadamAda info mengenai jangka hayat kuda laut. Baca ye.... terima kasih kerana sudi memberi respon kepada bahan yang saya paparkan.
Padamawesome!
BalasPadamMenarik...
BalasPadam