Uniknya Pokok Periuk Kera
Periuk kera adalah tumbuhan karnivor yang hidup melata di
sekitar Malaysia. Pokok Periuk kera mempunyai nama sainsnya Nepenthes spp. .
Pokok Periuk Kera biasanya tumbuh di tanah berasid. Pokok
Periuk Kera merupakan pokok maging yang memerangkap serangga dalam periuknya
untuk membekalkan sebahagian dari nitrogen yang diperlukannya.
Nepenthes bermula sebagai pokok rosette dan matang sebagai
pokok memanjat bersulur paut (tendril climbers). Sesetengah sulur membentuk
periuk berongga. Spesies yang berlainan mempunyai bentuk periuk dan warna yang
berlainan. Kebanyakan spesiesnya tumbuh di atas tanah, sementara sesetengah yang lain
merupakan epifit (epiphytic).
Kadang-kala terdapat di paya gabus, kerangas, katu kapur,
hutan dipterocarp bercampur, hutan submontane dan montane.
Ini adalah beberapa contoh pokok periuk kera dalam spesies
yang terancam. Menurut kaum Semelai, air yang tersimpan dalam periuk kera ini
mampu menyembuhkan demam panas. Uniknya, apabila air embun atau hujan masuk,
daun bahagian atas akan tertutup.
Ianya sukar ditemui dikawasan lain, hanya di Tasek Bera dan
ramai orang tidak tahu khasiatnya. Saya harap kita mampu memelihara
spesies ini untuk pengetahuan anak cucu.
Bagus
BalasPadamTerima kasih atas perkongsian maklumat yang bermanfaat! ^^
BalasPadamMaklumat yang menarik..penuh dengan informasi..tahniah..
BalasPadamTahniah... ulasan ringkas padat dengan fakta khazanah alam hitan hujan khatulistiwa.
BalasPadam