Anda ingin tahu keanehan Platypus?
Platypus
adalah haiwan semi-akuatik yang banyak ditemui di timur benua Australia.
Walaupun Platypus bertelur tapi ia tergolong ke dalam kumpulan Mamalia kerana
ia menyusui anaknya. Platypus memiliki keunikan tersendiri iaitu mempunyai racun
berbisa seperti Ular, mempunyai mulut dan bertelur seperti itik dan berenang
bagaikan memerang.
Platypus
juga sering dikenali dengan nama duck-billed Platypus atau Platypus berparuh
itik disebabkan bentuknya yang menyerupai itik. Platypus termasuk haiwan yang aneh dari kerajaan Animalia.Platypus
ditemui kali pertama oleh pengkaji Inggeris, Goerge Shaw, pada tahun 1799. Beliau
berpendapat haiwan ini ada sejak zaman
dinosaur lagi.
Nama platypus itu sendiri berasal dari bahasa Yunani dan Latin yang membawa maksud kaki rata.Haiwan ini sangat unik kerana ia satu-satunya mamalia yang bertelur dan menyusui anaknya, atau dalam istilah biologi disebut ovovivipar .
Nama platypus itu sendiri berasal dari bahasa Yunani dan Latin yang membawa maksud kaki rata.Haiwan ini sangat unik kerana ia satu-satunya mamalia yang bertelur dan menyusui anaknya, atau dalam istilah biologi disebut ovovivipar .
Suhu
tubuh Platypus kira-kira 32 darjah Celcius. Suhu ini lebih rendah dari
kebanyakan Mamalia (sekitar 38 darjah Celcius). Tubuh Platypus ditutupi bulu
berwarna coklat yang menjaga agar tubuhnya tetap hangat.
Kaki
Platypus berselaput seperti itik. Platypus juga memiliki paruh seperti juga seperti itik. Paruh ini digunakan
sebagai organ sensor.
Berat
Platypus antara 1 kg hingga lebih dari 2 kg. Panjang tubuhnya sekitar
30-40 cm dan panjang ekornya sekitar 10-15 cm (jantan) dan 8-13 cm (betina).
Platypus jantan lebih besar hingga 3 kali ganda
yang betinanya.
Platypus
adalah perenang yang baik dan menghabiskan banyak waktunya di dalam air untuk
mencari makanan. Keempat kaki Platypus berselaput. Ketika ia berenang, ia
mengayuh kakinya dengan menggunakan kedua kaki depannya.
Untuk menjaga keseimbangan tubuhnya , ia menggunakan
ekornya dan kedua kaki belakangnya. Platypus memakan cacing, larva serangga, dan
yabbie yang digalinya atau ditangkapnya semasa ia berenang.
Platypus
memiliki empat kaki yang tersusun secara horisontal dalam tubuhnya. Hal itu
berfungsi untuk pergerakannya di darat. Selaput di kaki depannya memiliki
ukuran yang cukup besar untuk membantunya berenang dalam air.
informasi yang amat baik dan sesuai untuk pembelajaran
BalasPadamMaklumat yang amat berguna untuk murid-murid.Blog cikgu amat baik dan lengkap serta sistematik.Tahniah cikgu^^
BalasPadamBlog yang sangat penuh dengan info..syabas cikgu
BalasPadamAssalammualaikum wbt.
BalasPadamWah, padat dan penuh infomasi tatkala berkunjung ke blog cikgu ini. Tahniah cikgu . Teruskan buat perkongsian anak didik dan guru-guru juga. Sudilah ke blog saya pula di http;//cikgurohanimu.blogspot,com
Terima kasih cikgu :)
Dunia sains dan teknologi tahun 2.. huhuhu...
BalasPadamDunia sains dan teknologi tahun 2.. huhuhu...
BalasPadamTerima kasih untuk info yang sangat berguna....
BalasPadamInfo sains yang amat berguna dalam PDP.tq
BalasPadamInformasi yang sangat bagus dan lebih terperinci
BalasPadamInfo yang baik dan memberi maanfat kepada semua.
BalasPadam