Pluto Bukan Lagi Planet
Pluto adalah jasad angkasa yang paling
hujung dari susunan planet dalam Galaksi Bima Sakti. Ia ditemui dalam tahun
1970-an oleh Tombaugh.Pluto berais. Garis pusatnya jika dilihat dari bumi ialah
0.1 arkasaat (1 darjah = 60 arkaminit). Manakala saiznya ialah hanya 65% saiz
bulan bumi.
Pluto mengorbit matahari dalam bentuk
hampir bulatan. Jarak planet Pluto ke matahari adalah 46.3AU. Tetapi yang
menariknya, Pluto boleh menghampiri matahari lebih dekat berbanding planet
Neptun. Planet ini cukup sejuk. Permukaannya
mengandungi nitrogen pejal ais dan terdapat kesan-kesan ais metana.
Pada awal penemuannya, Pluto diterima
sebagai salah satu planet yang terletak di dalam Galaksi Bima Sakti. Walau
bagaimanapun pada 24 Ogos 2006, Kesatuan Astronomi Antarabangsa (IAU) telah
mengadakan perhimpunan di Prague dan mengeluarkan satu resolusi melalui undian
yang menyatakan status terbaru tentang Pluto dan definisi planet kecil (dwarf
planet).
Kesatuan Astronomi Antarabangsa (IAU)
yang dihadiri oleh 2,500 pakar astronomi tersebut secara rasminya telah
menuruntarafkan Pluto daripada sebuah Planet kepada sebuah planet kerdil.
Berdasarkan keputusan perbincangan
mereka, untuk diiktiraf sebagai sesebuah planet, maka sesuatu objek itu
disyaratkan :
(1) mengorbit Matahari,
(2) berukuran cukup besar sehingga
mampu mempertahankan bentuk sferanya, dan
(3) memiliki jalur orbit yang jelas dan
bersih (dengan maksud, tidak ada benda samawi lain di orbitnya).
Dengan definisi baru ini, Pluto kini
sudah dilucutkan tarafnya oleh Kesatuan Astronomi Antarabangsa (IAU) pada 25
Ogos 2006 yang ketika itu bersidang di Republik Czech. Sekarang Pluto hanya
dikenali sebagai sebuah planet kerdil.
Dengan itu bermakna hanya terdapat
lapan planet sahaja di dalam Galaksi Bima Sakti buat masa ini iaitu;
1. Utarid (Mercury)
2. Zuhrah (Venus)
3. Bumi (Earth)
4. Marikh (Mars)
5. Musytari (Jupiter)
6. Zuhal (Saturn)
7. Uranus
8. Neptun (Neptune)
Kini,
Pluto telah menjadi sebuah planet kecil (dwarft planet) bersama-sama dengan
Eris , Ceres, dan Makemake dan fakta terbaru, Kesatuan Astronomi Antarabangsa
(IAU) telah menemui satu lagi planet kecil yang dinamakan Humae. Sehingga tahun
2008, terdapat lima planet kecil ( dwarft planet ) yang telah dikenalpasti.
Eris , Pluto, Ceres, Makemake dan Humae.
Tahniah. Blog yang bermaklumat dan menarik.
BalasPadamNota cikgu sangat jelas,terima kasih.
BalasPadamInfo yang menarik dan bermanfaat. Tahniah.
BalasPadamTerima kasih kerana berkongsi maklumat!
BalasPadamInfo yang perlu diketahui oleh semua guru teruatama guru sains.
BalasPadam