Sabtu, 8 Disember 2012

DUNIA SERANGGA


INFO TENTANG SERANGGA


 



Serangga  ialah  benda  hidup  dari  kelompok  haiwan Invertebrata, kelas Insecta, yang mempunyai bilangan spesies terbanyak. Di habitat daratan, serangga paling luas tersebar berbanding dengan kelas-kelas yang lain dalam filum Arthropod. Anggaran jumlah keseluruhan spesies kini, termasuk yang belum dikenali oleh sains sekitar dari dua hingga tiga puluh juta, dengan kebanyakan pakar cenderung kepada jumlah pertengahan antara dua jumlah melampau ini.   
Walaupun telah diketahui hampir satu juta spesies serangga, masih banyak lagi serangga yang belum diketahui dan direkodkan kehadirannya. Tidak dapat dinafikan banyak serangga yang akan pupus, sebelum dapat direkodkan kewujudannya, akibat aktiviti pembangunan hutan yang dilakukan.
Serangga boleh didapati dalam pelbagai habitat di bumi ini, malah anda akan mendapati banyak serangga berkongsi habitat dengan manusia, sama ada di halaman rumah ataupun di dalam rumah. Serangga mempunyai banyak kepentingan sama ada secara langsung maupun tidak langsung terhadap kehidupan manusia di bumi ini.Kajian mengenai serangga dikenali sebagai entomologi.
Terdapat sekitar 5,000 spesies pepatung (dragonfly), 2,000 mentadak (praying mantis), 20,000 belalang (grasshopper), 170,000 rama-rama dan kupu-kupu, 120,000 lalat, 82,000 pianggang, 350,000 kumbang, dan 110,000 spesies lebah dan semut.
Ciri-ciri utama serangga adalah seperti berikut :-
·        Kaki 3 pasang, yang terdapat di bahagian tubuh toraks.
·        Tubuh terbahagi kepada 3 bahagian, iaitu kepala, toraks dan abdomen.
·        Rangka tubuh terdapat di luar, yang disebut rangka luar, merupakan kulit keras.

7 ulasan:

  1. sangat menarik cikgu....

    BalasPadam
  2. koleksi yang amat menarik, pasti dapat menarik perhatian anak murid..

    BalasPadam
  3. Bagus! Blog yang berwarna-warni.

    BalasPadam
  4. Tahniah.sangat cantik blog cikgu ni dan penuh berinformasi.

    BalasPadam