Ahad, 9 Disember 2012

POKOK VENUS FLYTRAP


Pokok bergigi makan serangga?





Bukankah pokok hidup dengan mendapat makanan melalui proses fotosintesis serta menyerap air dan galian dari tanah? Kali  ini  anda  akan dibawa meneroka jauh ke Carolina, untuk melihat satu lagi keajaiban ciptaan Tuhan. Kita akan berkenalan dengan pokok Venus’ Flytraps.
Pokok Venus’ Flytraps (Dionaea muscipula) ini termasuk dalam kumpulan tumbuhan insectivorous (carnivorous) atau tumbuhan yang memakan serangga. Terdapat 595 spesies tumbuhan ini di seluruh dunia. Ia merupakan tumbuhan yang bijak mengadaptasi diri dengan persekitaran. Hendak tahu kenapa? Ini kerana kebanyakan pokok ini tumbuh di persekitaran tanah yang tidak subur. Jadi, bagi membolehkan ia terus hidup, ia mendapatkan zat galian daripada serangga.
Pokok ini tidak mempunyai gigi, sebaliknya memiliki cilia atau ‘jari-jari’ yang berfungsi untuk memerangkap serangga. Daunnya sentiasa terbuka luas. Pada bahagian permukaan daunnya, terdapat  trigger atau ‘rerambut sensatif’ yang pendek. Apabila rerambut ini  disentuh  oleh sesuatu, kedua-dua belah daun perangkap akan tertutup dan memerangkap apa sahaja yang berada di dalamnya. Perangkap ini mengambil masa kurang dari satu saat  untuk  tertutup.
Tetapi , perangkap ini tidak akan tertutup rapat kerana ia memberi ruang kepada serangga kecil untuk melepaskan diri. Kenapa? Kerana pokok ini tidak makan serangga yang tidak dapat memberikan zat galian yang cukup kepadanya.
Selang beberapa minit, daun perangkap akan rapat sepenuhnya sehingga kedap udara. Ketika inilah cecair penghadam dan bakteria yang terdapat dalam perangkap akan mencerna serangga tersebut. Namun, ia hanya akan mencerna bahagian badan serangga yang lembut dan meninggalkan kerangka luar (exokeleton). Ia mengambil masa antara lima hingga dua belas hari untuk menghadamkannya, bergantung pada jenis dan saiz serangga, suhu, usia daun perangkap dan berapa kerap ia sudah mendapat mangsa.
Paling menariknya , jika  yang masuk perangkap itu ialah batu kecil, daun kering atau apa sahaja selain serangga, pokok ini akan ‘meludah’ bendasing itu dengan membuka daun perangkap selepas dua belas jam. Bagi membolehkan mangsa disimpan di dalam keadaan segar sepanjang tempoh penghadaman, daun perangkap merembeskan jus penghadam dan jus antiseptik.
Proses ini terlalu sempurna sehinggakan para saintis  pun  tidak dapat menjelaskan dengan pasti, bagaimana  daun perangkap  ini boleh tertutup dan berfungsi dengan begitu unik. Daun ini tidak memiliki sistem saraf, otot atau tendons. Saintis mengandaikan terdapat sejenis tekanan cairan yang diaktifkan oleh aliran elektrik di kedua-dua belah daun perangkap. Betapa sempurnanya Allah menciptakan tumbuhan ini .



6 ulasan:

  1. Sangat teruja melihat blog cikgu. Banyak informasi yang boleh dimanfaatkan. Tahniah!!!!

    BalasPadam
  2. Blog yang amat menarik dan penuh dengan info yang bermanfaat, syabas!^^

    BalasPadam
  3. Subhanallah... nice to know... maha kuasa Allah menciptakan makhluknya yang pelbagai rupa

    BalasPadam
  4. Saya dpt tahu tentang tumbuhan Venus Flytrap

    BalasPadam
  5. Adakah pokok ini membuat proses fotositesis

    BalasPadam