Selasa, 27 November 2012

POKOK PERIUK KERA



Uniknya Pokok  Periuk  Kera
Periuk kera adalah tumbuhan karnivor yang hidup melata di sekitar Malaysia. Pokok Periuk kera mempunyai nama sainsnya Nepenthes spp. .
Pokok Periuk Kera biasanya tumbuh di tanah berasid. Pokok Periuk Kera merupakan pokok maging yang memerangkap serangga dalam periuknya untuk membekalkan sebahagian dari nitrogen yang diperlukannya.
Nepenthes bermula sebagai pokok rosette dan matang sebagai pokok memanjat bersulur paut (tendril climbers). Sesetengah sulur membentuk periuk berongga. Spesies yang berlainan mempunyai  bentuk periuk  dan warna yang berlainan. Kebanyakan spesiesnya tumbuh di atas tanah, sementara sesetengah yang lain merupakan epifit (epiphytic).
Kadang-kala terdapat di paya gabus, kerangas, katu kapur, hutan dipterocarp bercampur, hutan submontane dan montane.
Ini adalah beberapa contoh pokok periuk kera dalam spesies yang terancam. Menurut kaum Semelai, air yang tersimpan dalam periuk kera ini mampu menyembuhkan demam panas. Uniknya, apabila air embun atau hujan masuk, daun bahagian atas akan tertutup.
Ianya sukar ditemui dikawasan lain, hanya di Tasek Bera dan ramai orang tidak tahu khasiatnya. Saya harap kita mampu memelihara spesies ini untuk pengetahuan anak cucu.
 








Selasa, 20 November 2012

BUNGA RAFFLESIA

Bunga Terbesar Di Dunia.

Bunga Rafflesia atau pakma yang sering mendapat jolokan sebagai bunga gergasi dan bunga terbusuk mempunyai pelbagai keunikan tersendiri berbanding bunga-bunga lain di muka bumi.
Tumbuhan  ini  merupakan  sejenis  parasit yang bergantung hidup pada tumbuhan  perumah yang dinamakan  Tetrastigma spp. Bunga Rafflesia merupakan tumbuhan yang dilindungi. Bunga ini hanya terdapat di kawasan Asia Tenggara sahaja. Yang paling menakjubkan, daripada 20 spesies Bunga Rafflesia di dunia, lapan daripada spesies tersebut terdapat di Malaysia. Inilah khazanah alam anugerah Tuhan buat bumi bertuah ini!



UMUR KUDA LAUT



INFO  TENTANG  TEMPOH  HIDUP  KUDA  LAUT.



Tempoh hidup kuda laut adalah berbeza mengikut spesiesnya.
Kuda laut yang berasal daripada spesies yang kecil mempunyai tempoh hidup yang lebih singkat berbanding kuda laut yang bersaiz besar.
Dalam keadaan liar ( dalam laut ) kuda laut boleh hidup antara 3 hingga 5 tahun. 
Tetapi dalam akauarium, tempoh hidup kuda laut lebih singkat iaitu  1 hingga 3 tahun sahaja.

Jumaat, 16 November 2012

KUDA LAUT

Benarkah kuda laut jantan  melahirkan anak?


Sebenarnya kuda laut betina telah menempatkan lebih 100 telur ke dalam kantung yang terdapat dalam abdomen kuda laut jantan.Kuda laut jantan kemudian mengeluarkan sperma ke dalam kantung itu untuk persenyawaan telur berkenaan.
Embrio akan membesar di dalam kantung itu dan mendapat makanan daripada pundi-pundi di dalam kuning telur masing-masing.Proses pengeraman akan berlangsung selama dua sehingga enam minggu bergantung kepada spesies kuda laut tersebut.
Selepas cukup sifat, kuda laut jantan itu akan melahirkan anaknya yang kecil berukuran satu sentimeter panjang.Terdapat 35 spesies kuda laut di seluruh dunia dan ukurannya pelbagai iaitu antara lima hingga 36 sentimeter.
Kuda laut terkenal sebagai penyamar yang cekap di dalam air kerana ia mampu bersembunyi di celah-celah rumpair dan batu karang.Ia makan dengan menyedut plankton yang kecil dan larva ikan.