Strategi P&P Sains


STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS

1. Pendekatan Inkuiri Penemuan
Pendekatan  inkuiri  penemuan  merupakan  pendekatan  yang  mementingkanpembelajaran  melalui  pengalaman.  Inkuiri secara  am  bermaksud  mencarimaklumat, menyoal dan menyiasat sesuatu fenomena yang berlaku di sekeliling.Penemuan merupakan sifat utama inkuiri. Pembelajaran secara penemuanberlaku apabila konsep dan prinsip utama dikaji dan ditemui oleh murid sendiri.Murid melalui aktiviti seperti eksperimen akan menyiasat sesuatu fenomena danmencapai  kesimpulan  sendiri.  Guru  kemudian  membimbing  murid  untukmemahami konsep sains melalui hasil inkuiri penemuan tersebut.  Kemahiranberfikir dan kemahiran saintifik dikembangkan semasa proses inkuiri penemuanini. Namun demikian, perlu diingat bahawa pendekatan inkuiri penemuan tidaksesuai digunakan dalam semua situasi pengajaran dan pembelajaran. Beberapakonsep dan prinsip lebih sesuai didedahkan secara langsung oleh guru ataumelalui inkuiri penemuan terbimbing.

2. Konstruktivisme
Konstruktivisme ialah satu fahaman yang mencadangkan bahawa murid belajar sesuatu dengan cara membina sendiri pemahaman yang bermakna terhadapalam sekeliling mereka. Antara unsur penting dalam konstruktivisme adalahseperti berikut:
•Guru mengambil kira pengetahuan sedia ada murid.
•Pembelajaran adalah hasil usaha murid itu sendiri.
•Pembelajaran berlaku bila murid menghubungkan idea asal dengan idea barubagi menstrukturkan semula idea mereka.
•Murid  berpeluang  bekerjasama,  berkongsi  idea  dan  pengalaman  sertamembuat refleksi.

3. Pendekatan Sains, Teknologi dan Masyarakat
Pembelajaran yang bermakna akan berlaku jika murid dapat menghubungkaitkanapa yang dipelajari dengan kehidupan harian mereka. Pembelajaran bermaknaberlaku dalam pendekatan seperti pembelajaran kontekstual dan PendekatanSains, Teknologi dan Masyarakat (STM). Tema dan objektif pembelajaran yangberunsurkan  STM  diwujudkan  dalam  kurikulum  ini.  Pendekatan  STMmengesyorkan  pembelajaran  sains  melalui  penyiasatan  dan  perbincanganberlandaskan isu sains dan teknologi dalam masyarakat. Pengetahuan sains danteknologi dipelajari bersama dengan aplikasi sains dan teknologi serta implikasikepada masyarakat.

4.Pembelajaran  Kontekstual
Pembelajaran  kontekstual  adalah  pembelajaran  yang  dikaitkan dengankehidupan harian murid. Pendekatan kontekstual digunakan di mana muridbelajar secara menyiasat seperti dalam pendekatan inkuiri-penemuan. Dalampembelajaran kontekstual, kaitan di antara bahan yang diajar dengan kehidupanharian dieksplisitkan. Dalam konteks ini, murid tidak belajar secara teori sahajatetapi dapat menghayati kerelevanan pembelajaran sains dengan kehidupanmereka.


5. Pembelajaran Masteri
Pembelajaran Masteri merupakan satu pendekatan yang memastikan semuamurid  menguasai  objektif  pembelajaran  yang  ditetapkan.  Pendekatan  iniberpegang kepada prinsip bahawa setiap murid mampu belajar jika diberipeluang. Peluang perlu diberi kepada murid untuk belajar mengikut kadarnya,tindakan pengayaan dan pemulihan perlu dijadikan sebahagian daripada prosespengajaran dan pembelajaran.

 




1 ulasan:

  1. kalau kita guru sains mengaplikasikan kaedah pengajaran ini dengan tepat, tentu murid kita yang manfaat daripada pengajaran.

    BalasPadam