Selasa, 18 Disember 2012

CENDAWAN BERACUN



Cendawan, indah dipandang tetapi awas beracun!!!
 
 

Salam 1 Malaysia. Tahukan anda  5% cendawan di dalam spesies cendawan adalah cendawan beracun? Cendawan tersebuat adalah dari spesies Aminata phalloides. Di barat pula cendawan beracun ni lebih popular dipanggil "death cap". Kebanyakan cendawan beracun ini tumbuh di busut dan ia biasanya terdapat di pinggir hutan.
Cendawan yang beracun dan cendawan yang boleh dimakan seringkali mengelirukan kepada peminat atau pemakan cendawan liar. Walaubagaimanapun, sebelum mengutip dan memakan apa-apa jenis cendawan, pengenalan terhadap cendawan yang boleh dimakan dan tidak boleh dimakan sangat penting. Sekiranya, cendawan liar itu dikenalpasti boleh dimakan pun,seseorang itu perlu makan dalam kuantiti sedikit untuk makan pertama kali. Jika terdapat tanda-tanda elergik terhadap cendawan yang dimakan, seseorang harus berjumpa dengan doktor dengan kadar segera. 
Kaedah dan Pendidikan untuk mengenalpasti dan mengecam spesies cendawan yang boleh dimakan atau tidak boleh dimakan sangat penting sebelum mengambil keputusan untuk memakan cendawan liar bagi tujuan untuk mengelakkan keracunan disebabkan cendawan.
Bentuk cendawan beracun ini hampir menyerupai cendawan biasa yang terdapat di pasar atau kedai. Namun cendawan ini begitu bahaya jika dimakan kerana terdapat kandungan toksik pada cendawan tersebut. Toksik tersebut boleh memusnahkan sintesis protein dalam badan dan merosakkan anggota badan seperti hati, buah pinggang dan sel-sel dalam badan hingga mengakibatkan maut.
Berikut merupakan simptom-simptom keracunan cendawan yang telah dirujuk dari Prof. Madya Dr. Ahmad B. Hj Ismail dari Fakulti Sains Dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Terdapat tiga peringkat keracunan cendawan antaranya :
Peringkat pertama pesakit akan muntah, sakit belakang, demam dan cirit birit selepas memakan cendawan. Ia biasanya akan kelihatan dalam masa 6 hingga 24 jam selepas memakannya.

Peringkat ke dua pesakit akan kelihatan pulih dari tanda-tanda tersebut.
Peringkat ketiga pula, dalam masa 2 atau 3 hari selepas itu sistem pertahanan badan akan musnah hingga menyebabkan seseorang itu menghidap penyakit kulit, pendarahan, lemah, demam hingga koma dan boleh membawa maut.
Di harapkan entri ini berguna kepada semua terutamanya peminat cendawan dan yang meminati aktiviti luar seperti perkhemahan supaya tidak sembarangan memetik, terpetik atau memakan cendawan liar di dalam hutan kerana ianya beracun dan semestinya boleh membawa maut.

Rabu, 12 Disember 2012

PISANG DERHAKA



Mengapalah  Pisang  Ini  Derhaka  ye...?

 
 


Anda  pernah  dengar  pokok  pisang derhaka? Pertama  kali  mendengar nama pokok ini terkejut jugak saya,  tak  sangka  pisang  pun ada yang derhaka.
 Pisang  ini digelar  pisang  derhaka, bukan kerana derhaka  pada  mana-mana  Sultan, bukan  juga  kerana derhaka  pada  ibu bapa  tetapi  kerana  derhaka pada  tabiat  asalnya. Patutnya  ia  tumbuh menurun   ke  bawah , tunduk  ke  bumi  tetapi  ia menjulang  ke atas mengarah  ke  langit. 
Nama saintifik  bagi pokok  pisang ni ialah "Musa Coccinea".Terdapat beberapa  warna   jantung  pisang  yang  dikeluarkan  iaitu warna merah jambu, ungu , oren dan merah. 
Oleh  kerana  warna  jantungnya  yang  menarik  perhatian  saya,  maka  saya  pun  menanam  pokok ini  di taman  perkarangan  rumah  saya  setelah sekian  lama  saya  mencari  untuk  mendapatkan anak  pokoknya  sebagai  benih. Gambar  yang ketiga  adalah  gambar  pokok  pisang  derhaka yang  telah   saya  tanam  itu.
 Di akhir zaman ini macam-macam  benda  yang  pelik  dipersaksikan kepada  manusia. Bila  Allah  kehendaki, jadi...... maka  jadilah.  Walaupun  di luar  tabie. 


Ahad, 9 Disember 2012

POKOK VENUS FLYTRAP


Pokok bergigi makan serangga?





Bukankah pokok hidup dengan mendapat makanan melalui proses fotosintesis serta menyerap air dan galian dari tanah? Kali  ini  anda  akan dibawa meneroka jauh ke Carolina, untuk melihat satu lagi keajaiban ciptaan Tuhan. Kita akan berkenalan dengan pokok Venus’ Flytraps.
Pokok Venus’ Flytraps (Dionaea muscipula) ini termasuk dalam kumpulan tumbuhan insectivorous (carnivorous) atau tumbuhan yang memakan serangga. Terdapat 595 spesies tumbuhan ini di seluruh dunia. Ia merupakan tumbuhan yang bijak mengadaptasi diri dengan persekitaran. Hendak tahu kenapa? Ini kerana kebanyakan pokok ini tumbuh di persekitaran tanah yang tidak subur. Jadi, bagi membolehkan ia terus hidup, ia mendapatkan zat galian daripada serangga.
Pokok ini tidak mempunyai gigi, sebaliknya memiliki cilia atau ‘jari-jari’ yang berfungsi untuk memerangkap serangga. Daunnya sentiasa terbuka luas. Pada bahagian permukaan daunnya, terdapat  trigger atau ‘rerambut sensatif’ yang pendek. Apabila rerambut ini  disentuh  oleh sesuatu, kedua-dua belah daun perangkap akan tertutup dan memerangkap apa sahaja yang berada di dalamnya. Perangkap ini mengambil masa kurang dari satu saat  untuk  tertutup.
Tetapi , perangkap ini tidak akan tertutup rapat kerana ia memberi ruang kepada serangga kecil untuk melepaskan diri. Kenapa? Kerana pokok ini tidak makan serangga yang tidak dapat memberikan zat galian yang cukup kepadanya.
Selang beberapa minit, daun perangkap akan rapat sepenuhnya sehingga kedap udara. Ketika inilah cecair penghadam dan bakteria yang terdapat dalam perangkap akan mencerna serangga tersebut. Namun, ia hanya akan mencerna bahagian badan serangga yang lembut dan meninggalkan kerangka luar (exokeleton). Ia mengambil masa antara lima hingga dua belas hari untuk menghadamkannya, bergantung pada jenis dan saiz serangga, suhu, usia daun perangkap dan berapa kerap ia sudah mendapat mangsa.
Paling menariknya , jika  yang masuk perangkap itu ialah batu kecil, daun kering atau apa sahaja selain serangga, pokok ini akan ‘meludah’ bendasing itu dengan membuka daun perangkap selepas dua belas jam. Bagi membolehkan mangsa disimpan di dalam keadaan segar sepanjang tempoh penghadaman, daun perangkap merembeskan jus penghadam dan jus antiseptik.
Proses ini terlalu sempurna sehinggakan para saintis  pun  tidak dapat menjelaskan dengan pasti, bagaimana  daun perangkap  ini boleh tertutup dan berfungsi dengan begitu unik. Daun ini tidak memiliki sistem saraf, otot atau tendons. Saintis mengandaikan terdapat sejenis tekanan cairan yang diaktifkan oleh aliran elektrik di kedua-dua belah daun perangkap. Betapa sempurnanya Allah menciptakan tumbuhan ini .