Cendawan, indah dipandang
tetapi awas beracun!!!
Salam 1 Malaysia. Tahukan anda 5% cendawan di dalam
spesies cendawan adalah cendawan beracun? Cendawan tersebuat adalah dari spesies
Aminata phalloides. Di barat pula cendawan beracun ni lebih popular dipanggil
"death cap". Kebanyakan cendawan beracun ini tumbuh di busut dan ia
biasanya terdapat di pinggir hutan.
Cendawan yang beracun dan cendawan yang boleh dimakan
seringkali mengelirukan kepada peminat atau pemakan cendawan liar.
Walaubagaimanapun, sebelum mengutip dan memakan apa-apa jenis cendawan,
pengenalan terhadap cendawan yang boleh dimakan dan tidak boleh dimakan sangat
penting. Sekiranya, cendawan liar itu dikenalpasti boleh dimakan pun,seseorang
itu perlu makan dalam kuantiti sedikit untuk makan pertama kali. Jika
terdapat tanda-tanda elergik terhadap cendawan yang dimakan, seseorang harus
berjumpa dengan doktor dengan kadar segera.
Kaedah dan Pendidikan untuk
mengenalpasti dan mengecam spesies cendawan yang boleh dimakan atau tidak boleh
dimakan sangat penting sebelum mengambil keputusan untuk memakan cendawan liar
bagi tujuan untuk mengelakkan keracunan disebabkan cendawan.
Bentuk cendawan beracun ini hampir menyerupai cendawan
biasa yang terdapat di pasar atau kedai. Namun cendawan ini begitu bahaya jika
dimakan kerana terdapat kandungan toksik pada cendawan tersebut. Toksik
tersebut boleh memusnahkan sintesis protein dalam badan dan merosakkan anggota
badan seperti hati, buah pinggang dan sel-sel dalam badan hingga mengakibatkan
maut.
Berikut merupakan simptom-simptom keracunan cendawan yang telah dirujuk dari Prof. Madya Dr. Ahmad B. Hj Ismail dari Fakulti Sains Dan
Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Terdapat tiga peringkat
keracunan cendawan antaranya :
Peringkat pertama pesakit akan muntah, sakit belakang,
demam dan cirit birit selepas memakan cendawan. Ia biasanya akan kelihatan
dalam masa 6 hingga 24 jam selepas memakannya.
Peringkat ke dua pesakit akan kelihatan pulih dari
tanda-tanda tersebut.
Peringkat ketiga pula, dalam masa 2 atau 3 hari selepas
itu sistem pertahanan badan akan musnah hingga menyebabkan seseorang itu
menghidap penyakit kulit, pendarahan, lemah, demam hingga koma dan boleh
membawa maut.
Di harapkan entri ini berguna kepada semua terutamanya
peminat cendawan dan yang meminati aktiviti luar seperti perkhemahan supaya
tidak sembarangan memetik, terpetik atau memakan cendawan liar di dalam hutan
kerana ianya beracun dan semestinya boleh membawa maut.