Isnin, 3 Disember 2012

ANEHNYA PLATYPUS




Anda ingin tahu keanehan Platypus?

Platypus adalah haiwan semi-akuatik yang banyak ditemui di timur benua Australia. Walaupun Platypus bertelur tapi ia tergolong ke dalam kumpulan Mamalia kerana ia menyusui anaknya. Platypus memiliki keunikan tersendiri iaitu mempunyai racun berbisa seperti Ular, mempunyai mulut dan bertelur seperti itik dan berenang bagaikan  memerang.
Platypus juga sering dikenali dengan nama duck-billed Platypus atau Platypus berparuh itik disebabkan bentuknya yang menyerupai  itik. Platypus termasuk  haiwan  yang aneh dari kerajaan Animalia.Platypus ditemui  kali  pertama oleh pengkaji  Inggeris, Goerge Shaw, pada tahun 1799. Beliau berpendapat  haiwan ini ada sejak zaman dinosaur lagi. 
Nama platypus itu sendiri berasal dari bahasa Yunani dan Latin yang  membawa maksud  kaki rata.Haiwan ini sangat unik kerana ia satu-satunya mamalia yang bertelur dan menyusui anaknya, atau dalam istilah biologi disebut ovovivipar .
Suhu tubuh Platypus kira-kira 32 darjah Celcius. Suhu ini lebih rendah dari kebanyakan Mamalia (sekitar 38 darjah Celcius). Tubuh Platypus ditutupi bulu berwarna coklat yang menjaga agar tubuhnya tetap hangat.
Kaki Platypus berselaput seperti itik. Platypus juga memiliki paruh seperti  juga seperti itik. Paruh ini digunakan sebagai organ sensor.
Berat Platypus  antara  1 kg hingga  lebih dari 2 kg. Panjang tubuhnya sekitar 30-40 cm dan panjang ekornya sekitar 10-15 cm (jantan) dan 8-13 cm (betina). Platypus jantan lebih besar hingga 3 kali ganda  yang betinanya.
Platypus adalah perenang yang baik dan menghabiskan banyak waktunya di dalam air untuk mencari makanan. Keempat kaki Platypus berselaput. Ketika ia berenang, ia mengayuh kakinya dengan menggunakan kedua kaki depannya.
 Untuk menjaga keseimbangan tubuhnya , ia menggunakan ekornya dan kedua kaki belakangnya. Platypus memakan cacing, larva serangga, dan yabbie yang digalinya atau  ditangkapnya  semasa ia  berenang.
Platypus memiliki empat kaki yang tersusun secara horisontal dalam tubuhnya. Hal itu berfungsi untuk pergerakannya di darat. Selaput di kaki depannya memiliki ukuran yang cukup besar untuk membantunya berenang dalam air.

6 ulasan:

  1. informasi yang amat baik dan sesuai untuk pembelajaran

    BalasPadam
  2. Maklumat yang amat berguna untuk murid-murid.Blog cikgu amat baik dan lengkap serta sistematik.Tahniah cikgu^^

    BalasPadam
  3. Blog yang sangat penuh dengan info..syabas cikgu

    BalasPadam
  4. Assalammualaikum wbt.
    Wah, padat dan penuh infomasi tatkala berkunjung ke blog cikgu ini. Tahniah cikgu . Teruskan buat perkongsian anak didik dan guru-guru juga. Sudilah ke blog saya pula di http;//cikgurohanimu.blogspot,com
    Terima kasih cikgu :)

    BalasPadam
  5. Dunia sains dan teknologi tahun 2.. huhuhu...

    BalasPadam
  6. Dunia sains dan teknologi tahun 2.. huhuhu...

    BalasPadam