Khamis, 6 Disember 2012

PLUTO


Pluto Bukan Lagi Planet



Pluto adalah jasad angkasa yang paling hujung dari susunan planet dalam Galaksi Bima Sakti. Ia ditemui dalam tahun 1970-an oleh Tombaugh.Pluto berais. Garis pusatnya jika dilihat dari bumi ialah 0.1 arkasaat (1 darjah = 60 arkaminit). Manakala saiznya ialah hanya 65% saiz bulan bumi.
Pluto mengorbit matahari dalam bentuk hampir bulatan. Jarak planet Pluto ke matahari adalah 46.3AU. Tetapi yang menariknya, Pluto boleh menghampiri matahari lebih dekat berbanding planet Neptun. Planet ini cukup sejuk. Permukaannya mengandungi nitrogen pejal ais dan terdapat kesan-kesan ais metana.
Pada awal penemuannya, Pluto diterima sebagai salah satu planet yang terletak di dalam Galaksi Bima Sakti. Walau bagaimanapun pada 24 Ogos 2006, Kesatuan Astronomi Antarabangsa (IAU) telah mengadakan perhimpunan di Prague dan mengeluarkan satu resolusi melalui undian yang menyatakan status terbaru tentang Pluto dan definisi planet kecil (dwarf planet).
Kesatuan Astronomi Antarabangsa (IAU) yang dihadiri oleh 2,500 pakar astronomi tersebut secara rasminya telah menuruntarafkan Pluto daripada sebuah Planet kepada sebuah planet kerdil.
Berdasarkan keputusan perbincangan mereka, untuk diiktiraf sebagai sesebuah planet, maka sesuatu objek itu disyaratkan :

(1) mengorbit Matahari,

(2) berukuran cukup besar sehingga mampu mempertahankan bentuk sferanya, dan

(3) memiliki jalur orbit yang jelas dan bersih (dengan maksud, tidak ada benda samawi lain di orbitnya).
Dengan definisi baru ini, Pluto kini sudah dilucutkan tarafnya oleh Kesatuan Astronomi Antarabangsa (IAU) pada 25 Ogos 2006 yang ketika itu bersidang di Republik Czech. Sekarang Pluto hanya dikenali sebagai sebuah planet kerdil.
Dengan itu bermakna hanya terdapat lapan planet sahaja di dalam Galaksi Bima Sakti buat masa ini iaitu;

1. Utarid (Mercury)

2. Zuhrah (Venus)

3. Bumi  (Earth)

4. Marikh (Mars)

5. Musytari (Jupiter)

6. Zuhal (Saturn)

7. Uranus

8. Neptun (Neptune)
Kini, Pluto telah menjadi sebuah planet kecil (dwarft planet) bersama-sama dengan Eris , Ceres, dan Makemake dan fakta terbaru, Kesatuan Astronomi Antarabangsa (IAU) telah menemui satu lagi planet kecil yang dinamakan Humae. Sehingga tahun 2008, terdapat lima planet kecil ( dwarft planet ) yang telah dikenalpasti. Eris , Pluto, Ceres, Makemake dan Humae.

6 ulasan:

  1. Tahniah. Blog yang bermaklumat dan menarik.

    BalasPadam
  2. Info yang menarik dan bermanfaat. Tahniah.

    BalasPadam
  3. Terima kasih kerana berkongsi maklumat!

    BalasPadam
  4. Info yang perlu diketahui oleh semua guru teruatama guru sains.

    BalasPadam