Selasa, 18 Disember 2012

CENDAWAN BERACUN



Cendawan, indah dipandang tetapi awas beracun!!!
 
 

Salam 1 Malaysia. Tahukan anda  5% cendawan di dalam spesies cendawan adalah cendawan beracun? Cendawan tersebuat adalah dari spesies Aminata phalloides. Di barat pula cendawan beracun ni lebih popular dipanggil "death cap". Kebanyakan cendawan beracun ini tumbuh di busut dan ia biasanya terdapat di pinggir hutan.
Cendawan yang beracun dan cendawan yang boleh dimakan seringkali mengelirukan kepada peminat atau pemakan cendawan liar. Walaubagaimanapun, sebelum mengutip dan memakan apa-apa jenis cendawan, pengenalan terhadap cendawan yang boleh dimakan dan tidak boleh dimakan sangat penting. Sekiranya, cendawan liar itu dikenalpasti boleh dimakan pun,seseorang itu perlu makan dalam kuantiti sedikit untuk makan pertama kali. Jika terdapat tanda-tanda elergik terhadap cendawan yang dimakan, seseorang harus berjumpa dengan doktor dengan kadar segera. 
Kaedah dan Pendidikan untuk mengenalpasti dan mengecam spesies cendawan yang boleh dimakan atau tidak boleh dimakan sangat penting sebelum mengambil keputusan untuk memakan cendawan liar bagi tujuan untuk mengelakkan keracunan disebabkan cendawan.
Bentuk cendawan beracun ini hampir menyerupai cendawan biasa yang terdapat di pasar atau kedai. Namun cendawan ini begitu bahaya jika dimakan kerana terdapat kandungan toksik pada cendawan tersebut. Toksik tersebut boleh memusnahkan sintesis protein dalam badan dan merosakkan anggota badan seperti hati, buah pinggang dan sel-sel dalam badan hingga mengakibatkan maut.
Berikut merupakan simptom-simptom keracunan cendawan yang telah dirujuk dari Prof. Madya Dr. Ahmad B. Hj Ismail dari Fakulti Sains Dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Terdapat tiga peringkat keracunan cendawan antaranya :
Peringkat pertama pesakit akan muntah, sakit belakang, demam dan cirit birit selepas memakan cendawan. Ia biasanya akan kelihatan dalam masa 6 hingga 24 jam selepas memakannya.

Peringkat ke dua pesakit akan kelihatan pulih dari tanda-tanda tersebut.
Peringkat ketiga pula, dalam masa 2 atau 3 hari selepas itu sistem pertahanan badan akan musnah hingga menyebabkan seseorang itu menghidap penyakit kulit, pendarahan, lemah, demam hingga koma dan boleh membawa maut.
Di harapkan entri ini berguna kepada semua terutamanya peminat cendawan dan yang meminati aktiviti luar seperti perkhemahan supaya tidak sembarangan memetik, terpetik atau memakan cendawan liar di dalam hutan kerana ianya beracun dan semestinya boleh membawa maut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan